Monday, May 23, 2011

kedatanganmu amat ditunggu3..

**masa blalu tlalu pantas..skrg dh 20 jamadil akhir..lps 2 rejab..syaaban dan ramadhan..aku harap kdatangan bulan2 bsejarah ini mbawa 1001 erti dlm pjalanan hidupku..dan juga muslimin n muslimat yg hidup di dunia ini.sesungguh kedatangnmu amat ditunggu3 n dirindui..perpisahan dgnmu juga berakhir dgn deraian air mata..kerana aku tidak pasti sempat lagi kah diri ini btemu dgnmu..

sebelum jamadil akhir pergi..tataplah peristiwa2 bsejarah yg telah blaku dlm bulan ini..wpon kita jarang mgambil tahu tp skurangnya bacalah utk pengetahuan..

Jamadilakhir

Peperangan Zi Qarad adalah peristiwa penting yang berlaku pada Jamadilakhir, bulan dalam kalendar Islam sekarang.

Kehebatan tentera Islam pada zaman Rasulullah juga tercatat dalam Peperangan Yarmuk pada tahun ke-13 Hijrah antara tentera Rom dan Islam.

Tentera Rom disertai lebih 100,000 orang kalah kepada tentera Islam yang hanya 30,000 orang dalam peperangan itu.

Tentera Islam dipimpin oleh Khalid bin Al Walid dan Abu `Ubaidah.

Kemenangan berpihak kepada tentera Islam. Ada pandangan yang mengatakan peperangan itu berlaku pada Rejab tahun ke-15 Hijrah.

Peristiwa penting lain dalam Jamadilakhir :-

- Peperangan Al Jamal yang berlaku di luar kota Basrah, Iraq pada 10 Jamadilakhir tahun ke-36 Hijrah antara Amir Al Mu'minin Ali bin Abi Talib.

Peperangan ini disertai beberapa sahabat antaranya `Ammar bin Yasir dan Abdullah bin Al Abbas. Dalam peperangan itu mereka menghadapi kumpulan yang diketuai oleh `Aisyah binti Abi Bakar, Talhah bin Ubaidillah dan Az Zubair bin Al `Awwam yang menuntut supaya khalifah menjalankan penyiasatan dan pembelaan terhadap pembunuhan Usman bin Affan.

Peperangan itu dimenangi oleh tentera Ali bin Abi Talib. Ada pendapat yang mengatakan bahawa peperangan itu berlaku pada Jamadilawal.

Copyrights © Ashtech Holdings Sdn Bhd
http://www.ashtech.com.my

No comments: